Rabu, 24 September 2008
Sabtu, 26 Julai 2008
Apakah Yang Telah Saya Pelajari?
Saya telah pelajari bahawa jikalau kita hendak sesuatu,kita harus melakukan pekerjaan itu dangan tekun dan sabar dan jangan pernah berputus asa.
Bagaimana Saya Berjaya Menunggang Basikal?
Semenjak hari itu, bapa saya banyak meluangkan masa dengan saya untuk mengajar saya bagaiman hendak menunggang basikal.Beberapa minggu kemudian,saya sudah berjaya menunggang basikal.Saya berasa amat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya kerana banyak meluangkan masa untuk saya setakat mengajar saya menunggang basikal.
Pengganti baru saya!
Beberapa hari kemudian,bapa saya pun pulang.Dia ternampak aku sungguh sedih dan berrtanya bahawa kenapa saya berasa sedih.Saya pun menjawab soalannya yang bahawa tiada sesiapa yang sudi mengajar saya menunggang basikal.Bapa saya terdiam seketika.Tiba-tiba,dia berkata bahawa dia boleh mengajar saya.Saya terkejut dan juga berasa gembira.
Mengapakah Saya Berhenti Bermain Basikal Untuk Seketika?
Saya cuba mencari pengganti yang baru yang sudi mengajar saya menunggang basikal.Tetapi,tiada seorang pun yang sudi mengajar saya menunggang basikal.Saya pun putus asa dan berhenti bermain basikal.
Kenapa Syafiqah Tidak Dapat Mengajar Saya Lagi?
Beberapa lama kemudian,Syafiqah tidak dapat mengajar saya bagaimana hendak menunggang basikal lagi kerana dia harus mengikut ibu bapanya melancong ke Australia.Saya berasa susah hati.Saya hanya tahu bagaimana hendak mengimbangkan diri tetapi saya tidak tahu mengayuh lagi.
Cabaran Yang Saya Lalui Semasa Saya Sedang Belajar Menunggang Basikal!
SSemasa saya sedang belajar menunggang basikal,saya malalui banyak cabaran.Saya asyik terjatuh.Tangan dan kaki saya penuh dengan calar.Setelah penat belajar menunggang basikal,saya bercadang untuk berhenti belajar menunggang basikal.Lagipun.saya hanya melukakan diri sendiri.Saya tidak tahu bagaimana hendak mengimbang diri saya sendiri apabila hendak menunggang basikal pun.Tetapi,Syafiqah tidak memberi saya putus asa.Dia menasihati saya supaya jangan putus asa dan terus mencuba.Dia juga berkata bahawa kita akan melalui cabaran jika kita hendak berjaya dalam sesuatu yang kita inginkan.Seperti kita hendak bermain dengan kucing.Saya pun teringat bagaimana saya dapat merapatkan diri saya dengan kucing saya yang lalu.Saya pun menukar fikiran bahawa saya tidak akan putus asa.
Langgan:
Catatan (Atom)