Rabu, 24 September 2008

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA!:)




SEBULAN PUASA ,MENGHARUNGI DAHAGA DAN KELAPARAN UNTUK MENJALANKAN IBADAT,TETAPI SETELAH ITU KIA

Sabtu, 26 Julai 2008

Apakah Yang Telah Saya Pelajari?

Saya telah pelajari bahawa jikalau kita hendak sesuatu,kita harus melakukan pekerjaan itu dangan tekun dan sabar dan jangan pernah berputus asa.

Bagaimana Saya Berjaya Menunggang Basikal?

Semenjak hari itu, bapa saya banyak meluangkan masa dengan saya untuk mengajar saya bagaiman hendak menunggang basikal.Beberapa minggu kemudian,saya sudah berjaya menunggang basikal.Saya berasa amat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya kerana banyak meluangkan masa untuk saya setakat mengajar saya menunggang basikal.

Pengganti baru saya!

Beberapa hari kemudian,bapa saya pun pulang.Dia ternampak aku sungguh sedih dan berrtanya bahawa kenapa saya berasa sedih.Saya pun menjawab soalannya yang bahawa tiada sesiapa yang sudi mengajar saya menunggang basikal.Bapa saya terdiam seketika.Tiba-tiba,dia berkata bahawa dia boleh mengajar saya.Saya terkejut dan juga berasa gembira.

Mengapakah Saya Berhenti Bermain Basikal Untuk Seketika?

Saya cuba mencari pengganti yang baru yang sudi mengajar saya menunggang basikal.Tetapi,tiada seorang pun yang sudi mengajar saya menunggang basikal.Saya pun putus asa dan berhenti bermain basikal.

Kenapa Syafiqah Tidak Dapat Mengajar Saya Lagi?

Beberapa lama kemudian,Syafiqah tidak dapat mengajar saya bagaimana hendak menunggang basikal lagi kerana dia harus mengikut ibu bapanya melancong ke Australia.Saya berasa susah hati.Saya hanya tahu bagaimana hendak mengimbangkan diri tetapi saya tidak tahu mengayuh lagi.

Cabaran Yang Saya Lalui Semasa Saya Sedang Belajar Menunggang Basikal!

SSemasa saya sedang belajar menunggang basikal,saya malalui banyak cabaran.Saya asyik terjatuh.Tangan dan kaki saya penuh dengan calar.Setelah penat belajar menunggang basikal,saya bercadang untuk berhenti belajar menunggang basikal.Lagipun.saya hanya melukakan diri sendiri.Saya tidak tahu bagaimana hendak mengimbang diri saya sendiri apabila hendak menunggang basikal pun.Tetapi,Syafiqah tidak memberi saya putus asa.Dia menasihati saya supaya jangan putus asa dan terus mencuba.Dia juga berkata bahawa kita akan melalui cabaran jika kita hendak berjaya dalam sesuatu yang kita inginkan.Seperti kita hendak bermain dengan kucing.Saya pun teringat bagaimana saya dapat merapatkan diri saya dengan kucing saya yang lalu.Saya pun menukar fikiran bahawa saya tidak akan putus asa.

Siapakah Yang Mengajar Saya Bermain Basikal?

Setelah saya dapat basikal saya,saya menyuruh bapa saya mengajar saya bagaimana hendak nenunggangg basikal.Tetapi,bapa saya tidak ada masa untuk mengjar saya kerana syarikatnya menghantarnya ke luar negara untuk membuat urusan yang penting keesokan harinya.Saya berasa sungguh sedih dan kecewa.Ibu saya pun tidak boleh kerana dia ada urusan yang lain.Keesokan harinya,saya ternampak kawan saya.Syafiqah,sedang bermain basikalnya.Saya pun memanggilnya lalu menanyanya jikalau dia sudi mengajar saya bermain basikal .DIa menyambut soalan saya dengan berkata bahawa dia sudi untuk mengajar saya bagaimana hendak menunggang basikal.Saya tersenyum.Pintu hatiku diketuk kegembiraan.Dia pun mula mengajar saya bagaimana hendak menunggang basikal.

Bagaimana Saya Dapat Memujuk Bapa Saya Untuk Membelikan Saya Sebuah Basikal?

Saya pun bergegas pulang rumah untuk menyuruh bapa saya supaya membelikan saya sebuah basikal.Malangnya,bapa saya tidak mahu membelikan saya sebuah basikal kerana dia fikir bahawa membeli basikal hanya membuang duitnya sahaja.Lagipun,saya tidak tahu bagaimana hendak menunggang basikal.Saya berasa kecil hati.Saya betul-betul ingin sebuah basikal untuk menunggangnya.Tatapi,saya tidak berputus asa untuk memujuk bapa saya supaya membelikan saya bsebuah basikal.Setelah lama memujuk,akhirnya,bapa saya setuju untuk membelikan saya sebuah basikal.Dia berkata bahawa dia akan membelikan saya basikal yang saya inginkan pada keesokan harinya..

Bilakah Saya Mula Minat Bermain Basikal?

Saya berasa sungguh sedih semenjak kucing saya hilang dan sentiasa kurung diri di dalam bilik saya..Beberapa minggu kemudian,semasa saya sedang berjalan pulang dari sekolah,saya ternampak seorang bapa yang sedang mengajar anaknya bermain basikal.Budak kecil itu terjatuh berulang-ulang kali tetapi dia tidak putus asa.Saya dapat pelajari daripada peristiwa itu yang hidup penuh cabaran dan kita tidak harus putus asa.Saya pun harus melakukan sesuatu terhadap diri saya iaitu mencari kegemaran yang baru.Saya pun mula berminat untuk bermain basikal semenjak ternampak budak kecil itu bermain basikal.

Ahad, 20 Julai 2008

Mengapakah Saya Menukar Kegemaran Saya?

Saya selalu bermain dengan kucing saya sejurus sahaja pulang dari sekolah.Dialah satu-satunya kucing yang saya ada.Malangnya,pada satu hari,setelah membuat kerja sekolah ,saya pun terus memanggil namanya untuk memberinya makanan.Tetapi setelah beberapa kali saya memanggilnya,dia masih tidak muncul.Saya pun mencari Comel seluruh rumah.Sedang saya mencari Comel,saya ternampak pintu rumah terbuka.Pelbagai pertanyaan tertancap di fikiran saya.Mungkinkah Comel sudah keluar?Munginkah Comel dicuri oleh orang?Tiba-tiba sahaja,saya teringat bahawa saya telah membiarkan pintu rumah saya terbuka.Saya sungguh sedih.Saya akan menceritakan bagaimana saya tertarik dengan menunggang basikal di"post"yang seterusnya.